Kehebatan Madu Asli.
Tidak kurang juga dengan khasiat madu yang terdapat didalam Al-Quran dan telah di perakui oleh pakar-pakar perubatan dari serata dunia tentang khafiat madu tersebut sebagai penyembuh pelbagai penyakit.
Sarang lebah
Madu lebah dari sarang madu lebah asli
Surah Al-Quran berkenaan dengan khafiat Madu .
Surah An-Nahl-Ayat 68-69
Yang Bermaksud :
“ Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di rumah-rumah yang di dirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan yang telah Allah permudahkan bagi kamu. Maka dari perut lebah itu akan keluarlah minuman madu yang bermacam-macam warnanya, iaitu khasiatnya untuk menyebuhkan pelbagai penyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran tuhan bagi orang yang memikirkannya.”
Diantara khasiat dari madu ini adalah.
- Memberi anda permulaan yang baik untuk kecergasan yang lebih lama.
- Membantu tumbesaran kanak-kanak.
- Meredakan sakit tekak, melegakan batuk, selsema dan asma / lelah.
- Meningkatkan daya kecerdasan minda.
- Melancarkan peredaran darah.
- Merangsang selera makan.
- Menambah tenaga seksual.
- Membantu merawat buah pinggang.
- Meningkatkan daya ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit.
- Membantu pencernaan usus dalam perut.
- Di perkaya dengan Asid Amino, Protein, Enzim semulajadi, serat, Zat Besi, kalsium & Natrium, Vitamin A & C, Zat Mineral dan Lain-lain.